Sunday, 22 January 2017

KHASIAT SAYUR-SAYURAN HIJAU

Hello bloggers, hari ini saya akan berkongsi beberapa khasiat sayur-sayuran hijau yang mungkin tak ramai orang tahu. Semoga info yang diberikan ini bermanfaat untuk semua 😀



BENDI / OKRA/ KACANG LENDIR


Khasiat Bendi: 

1. Menawarkan kehamilan yang sihat
2. Membantu mencegah diabetes
3. Membantu meringkan penyakit ginjal
4. Membantu masalah pernafasan
5. Anti parasit usus
6. Meningkatkan kesihatan hati
7. Mencegah sembelit

Khasiat Bendi untuk kesihatan:

1. Buah bendi - Elok untuk perkembangan otak. Ia membantu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. (Lepas ni kena makan bendi banyak2 la ya hehe)
2. Biji, akar dan bunga bendi yang direbus 
- Mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susuah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
- Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.
- Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap untuk rawatan sakit kerongkong. 
3. Lendir bendi - Boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
4. Biji bendi yang sudah matang - Mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan boleh diproses (dengan menggoreng) untuk dijadikan bahan minuman (kopi).
5.  Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayur ulam makakala daun bendi yang tua boleh diproses sebagai kraftangan. 


TIMUN



Khasiat Timun:

1. Pencegah kanser
2. Meningkatkan antibodi dalam badan.
3. Membantu mengatasi sembelit.
4. Mengawal tekanan darah.
5. Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
6. Membantu mencegah diabetes.


KANGKUNG


Khasiat Kangkung:

1. Mengatasi Imsomnia atau masalah sukar untuk tidur.
2. Anti toksin
3. Membantu mencegah sembelit.
4. Mengandungi zat besi.
5. Anti diabetes.
6. Mengelakkan serangan influenza.

Info tambahan:

Belah batang sayur kangkung dan cuci bersih sebelum memasak sayur kangkung. Kadang ada cacing dalam batang kangkung, untuk mengelak dari termakan cacing lagi elok cuci bersih kan?