Antara tips yang saya search dekat Internet ialah cara mengawal habuk yang ada dalam rumah. Ni kes stress sebab belum sampai seminggu rumah dibersihkan habuk tu boleh nampak dah.
Dari research, ada la beberapa tips yang saya jumpa yang boleh saya kongsikan bersama.
Punca Rumah Berhabuk
- Penggunaan kipas
- Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik (kebanyakkan rumah batu sekarang takde lubang udara, hanya harap tingkap je.. so no wonder lahkan kalau habuk hinggap satu lori, huhu)
- Rumah yang dekat dengan highway (banyak kenderaan lalu lintas)
- Dekat dengan kawasan pembangunan
- Dekat dengan tempat pembakaran
Tempat yang sering memerangkap habuk
- Di belakang perabot besar seperti almari baju.
- Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek
- Karpet
- Bawah sofa
- Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak
- Bawah katil
- Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah
- Alas perabot, alas meja atau table runner
- Rak buku yang terbuka
Cara mengelakkan habuk dari rumah
- Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk..
- Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk.. terutamanya yang dibawa bersama kaki..
- Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
- Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
- Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk..
- Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam..
- Pastikan tingkap dan pintu tertutup.
- Bersihkan dari atas ke bawah, untuk elakkan kena mengelap atau membersih berulang kali.
Cara Mudah Membersihkan Rumah
Penjagaan tandas
Susun atur peralatan dalam tandas dengan kemas. Pastikan sabun tidak bersepah daripada kedudukan asal untuk memudahkan individu lain menggunakannya tandas dengan selesa.Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah bilik air bebas daripada bauan tidak menyenangkan. Pemantauan secara berkala perlu dijadikan satu amalan agar tiada sisa buangan tertinggal hingga boleh mencacatkan pemandangan dan bauan.
Penjagaan lantai
Kebersihan lantai perlu diberi keutamaan terutama selepas memasak kerana kesan minyak yang melekat di bahagian terbabit boleh menyebabkan lantai menjadi licin dan amat berbahaya.Mop dan lap lantai hingga kesan minyak itu hilang, supaya ia memberikan keselesaan kepada kaki ketika memijak bahagian berkenaan.
Selain di dapur, setiap ruangan lantai rumah perlu dibersihkan bagi mengurangkan pembentukan habuk yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain pada diri.
Penjagaan pakaian
Bau baju yang harum dan bersih meninggalkan impak yang tinggi kepada seseorang terutama dalam memberikan daya keyakinan dan keselesaan. Penggunaan pembersih dan pewangi pakaian memberikan kelebihan bagi memastikan baju digunakan sentiasa bersih dan harum.Wangian rumah
Pastinya bau rumah yang bersih dan segar menjadi pilihan setiap suri rumah.Selepas melakukan kerja pembersihan, mungkin ada yang masih lagi berhadapan dengan bau kurang menyenangkan. Namun, kini terdapat cara mudah untuk menyediakan rumah yang bersih dan segar antaranya menggunakan wangian rumah sama ada daripada bahan berasaskan gel, semburan ataupun wangian bijian.
Pembersih pinggan
Kebersihan peralatan dapur yang dihidangkan kepada tetamu sentiasa menjadi tumpuan utama apatah lagi ia menonjolkan sikap tuan rumah sama ada dia pembersih atau bersikap sambil lewa.Penggunaan pencuci pinggan bersesuaian membantu membersihkan kesan kotoran dan berupaya menghilangkan kesan minyak secara keseluruhan.
Tetapi paling penting, jangan `kedekut’ ketika menggunakan bahan terbabit bagi memastikan tiada kotoran tertinggal selepas dibasuh.
Penjagaan barangan kaca
Kesan habuk ataupun minyak yang melekit pada barangan kaca adakalanya boleh menyebabkan peralatan terbabit kelihatan kusam dan tidak bersih. Bagi mengurangkan masalah itu, anda perlu menggunakan produk bersesuaian dan pada masa sama, mengembalikan serta menyerlahkan seri setiap barangan.Tisu
Antara kelengkapan utama yang menjadi kegunaan penting apabila berada di rumah ialah tisu.Bukan saja memudahkan malah produk pakai buang ini turut menjamin kebersihan diri berbanding penggunaan kain secara berulang kali. Oleh itu, bekalan tisu mencukupi perlu dititikberatkan terutama ketika tetamu berkunjung di hari perayaan.
No comments:
Post a Comment