Thursday, 9 February 2017

RESEPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Bahan A:
20 - 25 tangkai lada kering - direndam
2 biji bawang besar
Sedikit belacan
- Kisar semua bahan A
* kalau tak nak guna lada kering boleh la guna 1 cawan lada kisar

Bahan B:
Air asam
Garam dan gula secukup rasa (1 sudu besar gula)
Ikan bilis (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
Minyak secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bahan A yang sudah dikisar sehingga garing
3. Masukkan sedikit air jika perlu
4. Masukkan sedikit air asam, garam dan gula
5. Biarkan sambal pekat sedikit kemudian tutup api
6. Masukkan ikan bilis dan kacang goreng dan gaul rata
Siap boleh dihidangkan 😀
* Ikan bilis dan kacang goreng cepat lemau/ tak garing, bagi yang suka ikan bilis tu garing, boleh la skip step number 6, bila nak makan baru la gaul ikan bilis dan kacang goreng ngan sambal tadi.



No comments:

Post a Comment