Monday 31 July 2017

RESEPI ROTI GOLOK

Bahan A:

1 cawan air suam
1 paket yis
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara - Cara:

  1. Campurkan yis dan air, kemudian biarkan yis rehat dan berbuih.
  2. Telur dipukul sedikit.
  3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung, kemudian kacau sebati. 
  4. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi. (Ikut kepada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan dah ok)
  5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang dua kali ganda.
  6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga cantik licin. 
  7. Boleh la dibentuk dan dimasukkan kedalam bekas.
  8. Rehatkan doh sekali sehingga naik dua kali ganda.
  9. Bakar guna api panas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehinnga masak dengan suhu 150c. 
  10. Keluarkan dan sejukkan. 
  11. dah sejuk, sapukan permukaan roti dengan majerin atau buttercup dan tabur dengan gula. 
  12. SIAP!.

Wednesday 12 July 2017

TIPS MENYEDIAKAN BEG HOSPITAL

  1. Beg hospital hendaklah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelum due date.
  2. Pilih beg yang sesuai untuk memuatkan barang ibu dan anak. Seeloknya asingkan barang ibu dan anak bagi memudahkan suami atau ibu untuk mengatur barang yang diperlukan semasa berada dihospital. 
  3. Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian (sekiranya pihak hospital tidak menyediakan pakaian hospital semasa berada di wad)
  4. Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
  5. Pastikan beg pakaian ibu dan anak diletakkan di dalam kereta lebih awal (bukan masa sakit bersalin nak ke hospital baru letak dalam kereta).
  6. Tanggalkan barang kemas sebelum ke hospital. 
  7. Baby carrier akan memudahkan anda dan suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam perjalanan juga lebih terjamin.