Wednesday 12 July 2017

TIPS MENYEDIAKAN BEG HOSPITAL

  1. Beg hospital hendaklah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelum due date.
  2. Pilih beg yang sesuai untuk memuatkan barang ibu dan anak. Seeloknya asingkan barang ibu dan anak bagi memudahkan suami atau ibu untuk mengatur barang yang diperlukan semasa berada dihospital. 
  3. Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian (sekiranya pihak hospital tidak menyediakan pakaian hospital semasa berada di wad)
  4. Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
  5. Pastikan beg pakaian ibu dan anak diletakkan di dalam kereta lebih awal (bukan masa sakit bersalin nak ke hospital baru letak dalam kereta).
  6. Tanggalkan barang kemas sebelum ke hospital. 
  7. Baby carrier akan memudahkan anda dan suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam perjalanan juga lebih terjamin.

No comments:

Post a Comment