Sunday 26 March 2017

RESEPI PES MASAKAN


PES IKAN BAKAR


  1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai (hiris nipis-nipis), sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
  2. Panaskan kuali dan tumis bahan blender dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Kemudian masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.


PES SAMBAL TUMIS

  1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  2. Tumis dalam minyak panas, kemudian masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 
  3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan blender - rempah kari ikan, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan sedikit cili kering.
  3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati, masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes, cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya).

KUAH BLACK PEPPER

  1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
  2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
  3. Masukkan kentang dan bawang yang di blender.
  4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
  5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
  6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
  7. Masak sehingga pekat dan naik bau. (Boleh di makan dengan fries, ayam goreng dan lain-lain).

PES NASI GORENG IKAN BILIS

  1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato (dibuang biji) dan sedikit belacan. 
  2. Tumis dalam minyak panas.
  3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. 
  4. Kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan garam/perisa. (Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/ timun. Tunggu didih dan tutup api).

No comments:

Post a Comment