Wednesday 15 February 2017

MANFAAT VITALEA FOR CHILDREN (SHAKLEE)



  1. Membantu menguatkan kecerdasan minda
  2. Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
  3. Menguatkan gigi
  4. Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
  5. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  6. Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
  7. Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
  8. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
  9. Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan 
  10. Mencegah penyakit beguk (thyroid)
  11. Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian


Siapakah yang sesuai makan VITALEA FOR CHILDREN?
  1. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas
  2. Kurang minum susu
  3. Kurang atau memilih makanan
  4. Tidak suka makan sayur, buah
  5. Selalu jatuh sakit seperti demam, selesma
  6. Kurang aktif dan cergas

TIPS UNTUK CEPAT HAMIL

Di sini saya kongsikan beberapa tips berguna bagi pasangan yang ingin cepat hamil.

1. Kenal pasti masa subur

2. Jalani pemeriksaan
- Pastikan anda bebas dari sebarang masalah/penyakit seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang boleh menyebabkan sukar untuk hamil

3. Berat badan ideal

4. Kerap bersama

5. Mengamalkan gaya hidup sihat
- Menjalani cara hidup sihat (Makan makanan seimbang, berat badan optimal, bersenam, jauhi dadah, rokok dan minuman keras)

6. Mengambil multivitamin

7. Diet yang seimbang
- Elakkan makanan segera
- Amalkan makan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat

8. Kurangkan tekanan

9. Berurut

10. Pastikan keadaan fizikal dan emosi pulih sepenuhnya
- Bagi pasangan yang pernah mengalami keguguran

CARA MENGHALAU SEMUT

Siapa yang menghadapi masalah yang sama? Sudah la stress dengan habuk di rumah, tambah lagi dengan stress semut. Pergi dapur jumpa si kecil ni, dalam bilik sana la juga dia. Kadang-kadang dalam bilik mandi pun ada. 

Stress dengan semut trus cari info cara menghalau semut. 😒

CARA HALAU SEMUT


1. Cili kering :
 Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Pisau :
Petua dari kawan, masukkan pisau kedalam bekas gula supaya semut tak masuk ke dalam. Pastikan bekas di tutup dengan baik juga ya.

CARA MENGAWAL HABUK DALAM RUMAH

Sejak jadi suri rumah full time ni semakin rajin mencari tips yang boleh memudahkan saya manage rumah dengan lebih senang.

Antara tips yang saya search dekat Internet ialah cara mengawal habuk yang ada dalam rumah. Ni kes stress sebab belum sampai seminggu rumah dibersihkan habuk tu boleh nampak dah.

Dari research, ada la beberapa tips yang saya jumpa yang boleh saya kongsikan bersama.

Punca Rumah Berhabuk 


  1. Penggunaan kipas
  2. Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik (kebanyakkan rumah batu sekarang takde lubang udara, hanya harap tingkap je.. so no wonder lahkan kalau habuk hinggap satu lori, huhu)
  3. Rumah yang dekat dengan highway (banyak kenderaan lalu lintas)
  4. Dekat dengan kawasan pembangunan
  5. Dekat dengan tempat pembakaran


Tempat yang sering memerangkap habuk 


  1. Di belakang perabot besar seperti almari baju.
  2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek
  3. Karpet
  4. Bawah sofa
  5. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak
  6. Bawah katil
  7. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah
  8. Alas perabot, alas meja atau table runner
  9. Rak buku yang terbuka

Cara mengelakkan habuk dari rumah


  1. Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk..
  2. Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk.. terutamanya yang dibawa bersama kaki..
  3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
  4. Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
  5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk..
  6. Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam..
  7. Pastikan tingkap dan pintu tertutup.
  8. Bersihkan dari atas ke bawah, untuk elakkan kena mengelap atau membersih berulang kali.


Cara Mudah Membersihkan Rumah

Penjagaan tandas

Susun atur peralatan dalam tandas dengan kemas. Pastikan sabun tidak bersepah daripada kedudukan asal untuk memudahkan individu lain menggunakannya tandas dengan selesa.
Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah bilik air bebas daripada bauan tidak menyenangkan. Pemantauan secara berkala perlu dijadikan satu amalan agar tiada sisa buangan tertinggal hingga boleh mencacatkan pemandangan dan bauan.


Penjagaan lantai

Kebersihan lantai perlu diberi keutamaan terutama selepas memasak kerana kesan minyak yang melekat di bahagian terbabit boleh menyebabkan lantai menjadi licin dan amat berbahaya.
Mop dan lap lantai hingga kesan minyak itu hilang, supaya ia memberikan keselesaan kepada kaki ketika memijak bahagian berkenaan.
Selain di dapur, setiap ruangan lantai rumah perlu dibersihkan bagi mengurangkan pembentukan habuk yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain pada diri.


Penjagaan pakaian

Bau baju yang harum dan bersih meninggalkan impak yang tinggi kepada seseorang terutama dalam memberikan daya keyakinan dan keselesaan. Penggunaan pembersih dan pewangi pakaian memberikan kelebihan bagi memastikan baju digunakan sentiasa bersih dan harum.


Wangian rumah

Pastinya bau rumah yang bersih dan segar menjadi pilihan setiap suri rumah.
Selepas melakukan kerja pembersihan, mungkin ada yang masih lagi berhadapan dengan bau kurang menyenangkan. Namun, kini terdapat cara mudah untuk menyediakan rumah yang bersih dan segar antaranya menggunakan wangian rumah sama ada daripada bahan berasaskan gel, semburan ataupun wangian bijian.


Pembersih pinggan

Kebersihan peralatan dapur yang dihidangkan kepada tetamu sentiasa menjadi tumpuan utama apatah lagi ia menonjolkan sikap tuan rumah sama ada dia pembersih atau bersikap sambil lewa.
Penggunaan pencuci pinggan bersesuaian membantu membersihkan kesan kotoran dan berupaya menghilangkan kesan minyak secara keseluruhan.
Tetapi paling penting, jangan `kedekut’ ketika menggunakan bahan terbabit bagi memastikan tiada kotoran tertinggal selepas dibasuh.


Penjagaan barangan kaca

Kesan habuk ataupun minyak yang melekit pada barangan kaca adakalanya boleh menyebabkan peralatan terbabit kelihatan kusam dan tidak bersih. Bagi mengurangkan masalah itu, anda perlu menggunakan produk bersesuaian dan pada masa sama, mengembalikan serta menyerlahkan seri setiap barangan.




Tisu

Antara kelengkapan utama yang menjadi kegunaan penting apabila berada di rumah ialah tisu.
Bukan saja memudahkan malah produk pakai buang ini turut menjamin kebersihan diri berbanding penggunaan kain secara berulang kali. Oleh itu, bekalan tisu mencukupi perlu dititikberatkan terutama ketika tetamu berkunjung di hari perayaan.


Sunday 12 February 2017

RESEPI APAM BALIK

Bahan-bahan:



Bahan A (untuk Apam Balik)

2 cawan tepung gandum 
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (tepung penaik)
1 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak (untuk disapu pada kuali)

Bahan B (untuk ditabur pada Apam Balik)

Serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak kemudian kisar kasar)
1 tin jagung krim (optional)
Gula pasir secukupnya

Cara: 

  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. 
  2. Pukul telur bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan susu dan pewarna kuning. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak (step no.1) dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul. 
  4. Perap selama 1 jam.
  5. Panaskan kuali non stick, ambil tisu atau kain basah, lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  6. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. 
  7. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik. 
  8. Kemudian tabur sedikit bahan B. 
  9. Lipat dan angkat apam balik. 









Resepi ini di ambil dari FB untuk dijadikan rujukan di masa akan datang. Lagi senang buka blog terus daripada kena search dan scroll menu ni lagi. Bukan senang nak cari resepi ni di lain hari mana la tau owner FB tu padam pula kan? hihi

ACTIVITIES FOR KIDS: DEVELOPING MOTOR SKILLS

Here are some example of activities for kids that can help improve and develop their motor skills. I did not own this picture. I took it from Facebook (credit to Activities for Kids) and post it here to make me easier when ever I want to refer to it next time.



































Thursday 9 February 2017

SHAKLEE NUTRITION: B-COMPLEX WITH FOLIC ACID


B-Complex with Folic Acid: Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang Baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dam sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B: Lengkap dan Seimbang 

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi lapan jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  • Vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan potein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg. 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 




B-Complex with Folic Acid
120 tablet

Kebaikan Vitamin B-Complex with Folic Acid:


  1. Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
  2. Mengurangkan risiko kerekahan mulut
  3. Membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia
  4. Membantu memperbaiki masalah kulit kepala dan rambut
  5. Membantu meredakan alahan
  6. Mencegah anemia dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat
  7. Mengurangkan masalah sakit kepala dan keletihan
  8. Membantu mengurangkan simptom PMS
  9. Meransang pertumbuhan kanak-kanak
  10. Membantu meningkatkan kemampuan berfikir





SHAKLEE NUTRITION: ALFALFA COMPLEX


Alfalfa Complex: Sumber Zat Makanan Semula Jadi & Klorofil


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui process fotosintesis semula jadi.

Kandungan alfalfa terdiri daripada Vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibagunkan Dr. Shaklee pada tahun 1950an.

  • Sumber semula jadi alfalfa 
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air sebagai minuman herba semula jadi. 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 




Alfalfa Complex 
330 tablet / 700 tablet

Kebaikan Alfalfa Complex:

  1. Melegahkan keletihan
  2. Membantu menghapuskan lemak
  3. Mencegah/ merawat arthitis 
  4. Merawat keputihan
  5. Melegakan sakit sendi dan belakang
  6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  7. Merawat asma 
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  10. Merawat arthitis
  11. Bagus untuk allergic dan ekzema
  12. Mencuci buah pinggang dan mrawat kencing kotor
  13. Meneutralkan asid dalam badan 
  14. Melegakan sembelit
Bagi wanita:
  1. Memberi kelegaan semasa haid
  2. Merawat masalah keputihan pada wanita
  3. Menganjalkan payu dara 
  4. Memulihkan urat selepas bersalin 
  5. Membantu merawat bahagian intim wanita
  6. Bertindak sebagai kacip fatimah 
  7. Milk booster 
Bagi lelaki:
  1. Meningkatkan stamina seorang lelaki