JENIS MEROYAN: MEEROYAN API
- Perwatakan ibu seakan bengis, panas baran, amat cepat berasa untuk marah & berkemungkinan marah sambil terjerit-jerit seakan lupa diri.
- Perubahan emosi yang ketara atau terlalu emotional.
- Bila period datang, sikap yang ketara dapat diperhatikan.
JENIS MEROYAN: MEROYAN TINGGAL
- Si ibu kerap berleter, suka bercakap seorang diri tanpa henti.
- Mempunyai keinginan melarikan diri dari rumah jika berpeluang.
- Tiada keinginan kepada bayi yang baru dilahirkan
- Kadang-kadang perilaku menjadi ganas tiba-tiba
JENIS MEROYAN: MEROYAN KETUNG
- Si ibu kelihatan murung, sayu, hiba, cepat tersentuh dan cepat menagis.
- Kadangkala kelihatan seperti dungu atau bodoh.
- Selalunya berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.
- Kes tahap teruk, si ibu sanggup membunuh diri.
JENIS MEROYAN: MEROYAN LENDIR
- Ibu kelihatan pucat, letih lesu dan berat badan menjadi susut.
- Keguguran rambut yang ketara.
- Tiada keinginan untuk bersama suami.
- Antara punca meroyan lendir ialah si ibu tidak berpantang sebaiknya. Darah kotor dan angin tidak keluar sepenuhnya.
JENIS MEROYAN: MEROYAN URAT
- Si ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
- Boleh terjadi sekiranya si ibu makan makanan bersifat sejuk atau pada suasana sejuk.
- Terjadi jika si ibu melakukan kerja-kerja berat.
JENIS MEROYAN: MEROYAN KULIT
- Kegatalan atau rasa miang di badan sehingga asyik menggaru badan.
- Punca kegatalan:darah kotor tidak keluar sepenuhnya menyebabkan ia keluar melalui liang bulu roma.
- Berterusan sekiranya darah kotor masih ada dalam badan sepanjang berpantang.
JENIS MEROYAN: MEROYAN BULU
- Si ibu merasa seram sejuk selepas bersalin.
- Ada kes dimana ibu menghidap penyakit "rheumatoid arthritis" atau keredangan sendi.
- Dikatakan berpunca dari si ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang
No comments:
Post a Comment