Monday 31 July 2017

RESEPI ROTI GOLOK

Bahan A:

1 cawan air suam
1 paket yis
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara - Cara:

  1. Campurkan yis dan air, kemudian biarkan yis rehat dan berbuih.
  2. Telur dipukul sedikit.
  3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung, kemudian kacau sebati. 
  4. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi. (Ikut kepada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan dah ok)
  5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang dua kali ganda.
  6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga cantik licin. 
  7. Boleh la dibentuk dan dimasukkan kedalam bekas.
  8. Rehatkan doh sekali sehingga naik dua kali ganda.
  9. Bakar guna api panas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehinnga masak dengan suhu 150c. 
  10. Keluarkan dan sejukkan. 
  11. dah sejuk, sapukan permukaan roti dengan majerin atau buttercup dan tabur dengan gula. 
  12. SIAP!.

Wednesday 12 July 2017

TIPS MENYEDIAKAN BEG HOSPITAL

  1. Beg hospital hendaklah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelum due date.
  2. Pilih beg yang sesuai untuk memuatkan barang ibu dan anak. Seeloknya asingkan barang ibu dan anak bagi memudahkan suami atau ibu untuk mengatur barang yang diperlukan semasa berada dihospital. 
  3. Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian (sekiranya pihak hospital tidak menyediakan pakaian hospital semasa berada di wad)
  4. Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
  5. Pastikan beg pakaian ibu dan anak diletakkan di dalam kereta lebih awal (bukan masa sakit bersalin nak ke hospital baru letak dalam kereta).
  6. Tanggalkan barang kemas sebelum ke hospital. 
  7. Baby carrier akan memudahkan anda dan suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam perjalanan juga lebih terjamin.

Monday 22 May 2017

RESEPI ROTI BUTTER


Bahan-bahan:

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 3 1/2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu planta

Cara menyediakan:

  1. Campurkan yis dan air, biarkan yis rehat dan berbuih.
  2. Telur dipukul sedikit.
  3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur kedalam bekas berisi tepung. Kemudian kacau sebati. 
  4. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi. (Ikut kepada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tak melekat ditangan dah ok.)
  5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga kembang 2 kai ganda.
  6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang suda kembang tadi dan uli sehingga cantik licin. 
  7. Bolehlah dibentuk dan diletakkan dalam bekas. 
  8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.
  9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150'c.
  10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan majerin atau butter cup dan tabur dengan gula halus. 
  11. Siap!



DAGING GORENG SATAY


Bahan-bahan:

- 1kg daging dipotong kecil
- 1 1/2 paket kecil rempah kari
- 1 1/2 paket rempah kurma
- 1/2 rempah sup
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 10 batang serai *
- 1 inci lengkuas *
- 1 inci halia *
- 2 biji bawang besar *
- 10 biji bawang merah *
- 1 buku gula melaka
- Garam secukup rasa

Cara menyediakan:


  1. Blend semua bahan bertanda *
  2. Kemudian gaul kesemua bahan-bahan di atas.
  3. Perap selama 1-2 jam.
  4. Panaskan 1 cawan minyak.
  5. Masukkan daging yang sudah diperap dan masak sehingga empuk. 
  6. Siap!

JENIS - JENIS IBU MEROYAN

JENIS MEROYAN: MEEROYAN API

  • Perwatakan ibu seakan bengis, panas baran, amat cepat berasa untuk marah & berkemungkinan marah sambil terjerit-jerit seakan lupa diri. 
  • Perubahan emosi yang ketara atau terlalu emotional.
  • Bila period datang, sikap yang ketara dapat diperhatikan.

JENIS MEROYAN: MEROYAN TINGGAL

  • Si ibu kerap berleter, suka bercakap seorang diri tanpa henti.
  • Mempunyai keinginan melarikan diri dari rumah jika berpeluang.
  • Tiada keinginan kepada bayi yang baru dilahirkan 
  • Kadang-kadang perilaku menjadi ganas tiba-tiba

JENIS MEROYAN: MEROYAN KETUNG

  • Si ibu kelihatan murung, sayu, hiba, cepat tersentuh dan cepat menagis.
  • Kadangkala kelihatan seperti dungu atau bodoh.
  • Selalunya berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.
  • Kes tahap teruk, si ibu sanggup membunuh diri.

JENIS MEROYAN: MEROYAN LENDIR

  • Ibu kelihatan pucat, letih lesu dan berat badan menjadi susut.
  • Keguguran rambut yang ketara.
  • Tiada keinginan untuk bersama suami.
  • Antara punca meroyan lendir ialah si ibu tidak berpantang sebaiknya. Darah kotor dan angin tidak keluar sepenuhnya. 

JENIS MEROYAN: MEROYAN URAT

  • Si ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
  • Boleh terjadi sekiranya si ibu makan makanan bersifat sejuk atau pada suasana sejuk.
  • Terjadi jika si ibu melakukan kerja-kerja berat.
JENIS MEROYAN: MEROYAN KULIT
  • Kegatalan atau rasa miang di badan sehingga asyik menggaru badan.
  • Punca kegatalan:darah kotor tidak keluar sepenuhnya menyebabkan ia keluar melalui liang bulu roma. 
  • Berterusan sekiranya darah kotor masih ada dalam badan sepanjang berpantang.
JENIS MEROYAN: MEROYAN BULU
  • Si ibu merasa seram sejuk selepas bersalin.
  • Ada kes dimana ibu menghidap penyakit "rheumatoid arthritis" atau keredangan sendi.
  • Dikatakan berpunca dari si ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang

RESEPI SAMBAL




Bahan-bahan:

- Sedikit minyak masak
- 12 batang cili merah
- 12 biji sili padi
- 10 biji bawang kecil/merah dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris
- 5 biji tomato dipotong 4
- 5cm belacan
- 2 sudu pati ikan bilis atau segenggam bilis biasa
- 3 sudu gula merah/ secukup rasa

Cara menyediakan:


  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Goreng sehingga layu dan masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digreng tadi.
  5. Masukkan semua ke dalam penisar atau lesung batu. Kisar/tumbuk sehingga separa halus. 
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan paaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu ikut citarasa.
  8. Siap!
Sambal ini lagi lama disimpan lagi sedap tapi jangan simpan sehingga 3 minggu. Panaskan sambal sebelum makan.

Sunday 21 May 2017

TELUR MASIN HOMEMADE


Bahan-bahan yang diperlukan:

- 15 biji telur itik dibersihkan dan dikeringkan (guna telur ayam oun boleh)
- 500gm garam kasar
- 2 liter air

Cara menyediakan telur masin homemade:


  1. Masak garam bersama air hingga larut dan biarkan semalaman
  2. Masukkan telur kedalam balang atau bekas yang bertutup dan tuang air garam sehingga semua telur terendam. 
  3. Biarkan sehingga 10-12 hari.
  4. Siap!

RESEPI BELGIUM COOKIES



Bahan-bahan:

- 230gm butter
- 80gm gula kastor
- 170gm gula perang
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 420gm tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 500gm coklat cip

Cara menyediakan:

  1. Satukan butter, gula kastor dan gula perang
  2. Kacau guna spatula sahaja
  3. Masukkan esen vanilla dan telur
  4. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
  5. Last sekali masukkan coklat cip dan gaul (gaul guna tangan pun boleh)
  6. Susun dalam loyang seperti dalam gambar di bawah 
  7. Bakar pada suhu 170' selamat 25 ke 30 minit sampai cookies menjadi perang (guna api atas bawah)
  8. Siap untuk dihidangkan.


RESEPI FLOATY FRUIT


Bahan- bahan:
1 kotak whipping cream 1 liter (dairy yang tawar tu :) )
1 cawan susu pekat 
1 paket biskut cream oreo yang besar (hancurkan)
1 tin buah peach (atau apa saja jenis buah)
20 cup (bekas seperti dalam gambar)

Cara menyediakan:
  1. Mixerkan whipping cream sampai pekat dan kembang, kemudian masukkan susu pekat manis ikut suka masing-masing.
  2. Sudukan adunan masuk ke dalam cup, kemudian lapis dengan serbuk cream oreo yang sudah dihancurkan tadi. 
  3. Buat seperti dalam gambar kemudian atas sekali letak buah peach. 
  4. Bekukan dalam peti sejuk sehingga floaty fruit keras. 

RESEPI TEMPE RANGUP


Bahan-bahan
- 3 bungkus tempe dihiris nipis
- 5 - 6 tangkai cili padi (diketuk)
- 3 biji bawang merah kecil *
- 4 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- kicap lemak manis secukupnya
- Garam
- Gula

Cara memasak:

  1. Goreng tempe sehingga garing (ketepikan)
  2. Hiris halus bahan-bahan * 
  3. Masukkan 3 sudu besar minyak masak, tumis bahan-bahan yang dihiris sampai garing
  4. Masukkan garam dan gula dan kaca rata
  5. Masukkan cili padi, kacau dan tutup api
  6. Masukkan tempe yang sudah digoreng kedalam kuali
  7. Last sekali masukkan kucap manis dan kacau rata (Kicap terpulang nak letak banyak mana tapi jangan terlampau banyak nanti tempe goreng nampak hitam)

Koleksi Resepi Masakan Ayam


Bahan-bahan:

- Isi ayam semangkuk (dipotong kecil-kecil, letakkan garam, kunyit, kicap pekat dan sedikit susu pekat)
- Bahan blander (sedikit cili kering, cili padi, cili besar, bawang putih dan bawang merah)
- Halia dihiris nipis
- Serai potong dua
- Bahan perasa (garam, aji nomoto, gula dan air limau nipis)
- Bawang besar holand
- Tomato

Cara memasak:


  1. Goreng ayam sehingga garing kemudian angkat 
  2. Masukkan bahan blander, halia, serai dan bahan perasa tadi, goreng sampai sambal masak kemerahan
  3. Masukkan ayam goreng, bawang besar holand dan tomato selama 5 minit. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Sunday 26 March 2017

AYAM BAKAR LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 2, dibersihkan dan tos airnya)
1 labu bawang putih
2 biji bawang merah
4 inci halia
4 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
Garam (secukup rasa)
4 sudu besar minyak zaitun
3 helai bay leaves

Cara-Cara:

  1. Kisar kasar bawang putih, halia lada hitam bersama minyak zaitun (jangan kisar guna air)
  2. Campurkan bahan kisar tadi bersama sos tiram, sos lada hitam, madu dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan bay leaves dan gaul.
  4. Kemudian salutkan bahan-bahan perapan tadi di seluruh bahagian ayam. 
  5. Perap semalaman.
  6. Sebelum dibakar, selitkan butter (Potong dadu) dibawah lapisan kulit.
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 180'
  8. Setiap 1/2 jam sapukan minyak/butter pada ayam supaya ayam tidak kering.


RESEPI SAMBAL

Bahan-bahan:


*2 biji bawang besar saiz sederhana
*6 cili hijau
*4 cili merah
*Cili padi merah (kalau nak lagi pedas, tambah ikut suka)
*Sedikit ikan bilik
*Sedikit belacan
Asam jawa (agak-agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk dan toskan)

= Blend kering semua bahan * di atas



Cara:


  1. Ambil minyak dalam 1 senduk (kalau nak garing tambah minyak)
  2. Tumis bahan blend sehingga garing
  3. Jika dah garing, boleh masukkan air asam
  4. Perasakan dengan garam dan gula
  5. Hiriskan bawang dan campur sekali dalam sambal dan tutup api
  6. Lebihan minyak tadi boleh dibuang sendiri.

KIDS TOYS ORGANIZATION IDEAS